Tarikh | : 10 Oktober 2019 (Khamis) |
Masa | : 8.00 am - 1.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Kuala Kurau |
Tujuan :
Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Pekan Kuala Kurau adalah sebuah program yang merapatkan Pusat Internet (PI) dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai "kebolehsambungan" agar operasi dan perkhidmatan PI terus berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan.Antara objektif yang ingin disasarkan adalah :
- Merapatkan Komuniti dengan PI.
- Menambah bilangan ahli PI.
- Mempromosikan perkhidmatan / kemudahan di PI.
Aktiviti
Hari Bersama komuniti 2019 Pusat Internet Pekan Kuala Kurau telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Kuala Kurau dan turut hadir Pengarah SKMM Perak,Wakil TM dan MSD serta Agensi yang terlibat (KEMAS Parlimen Parit Buntar, Kolej Komuniti Bagan Serai, PTPTN Nibong Tebal, KWSP Parit Buntar, KOSPEN Kuala Kurau, Klinik Kuala Kurau dan Tadika Islam Nurul Wardah) .Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Usahawan tempatan (NAB Food Industries Sdn. Bhd).
Agensi Yang Terlibat Semasa Program :
- PTPTN,KWSP,Kospen Kuala Kurau,Kolej Komuniti Bagan Serai & NAB Food Industries.
Antara Aktiviti Yang Dijalankan :
- Pendaftaran Pengunjung & Ahli PI.
- Saringan Kesihatan daripada Pihak Kospen.
- Taklimat dari Kolej Komuniti Bagan Serai,PTPTN & KWSP.
- Pertandingan Kolaj.
- Bengkel ICT dan pertandingan.
- Mobile E-Waste,Klik Dengan Bijak & Siaran Digital.
- Cabutan Nama Bertuah & Jamuan Makan.