Teluk Medan mendapat namanya sempena peristiwa banyaknya longgokan batu-bata. Longgokan batu bata ini betul-betul ditempatkan di "Teluk" dalam peta kawasan Teluk Medan. Batu-bata ini dibawa dari Kuala Kurau dengan menaiki Tongkang Keling melalui Sungai Kerian. Tujuan asal batu bata ini dibawa kesini adalah untuk menjadikan kawasan Teluk Medan sebagai bandar. Namun setelah dikaji semula, pihak British beranggapan Teluk Medan terlalu jauh untuk ke Selama dan Kuala Kurau. Maka wujudlah Bandar Bagan Serai yang difikirkan lebih sesuai untuk dijadikan bandar. Malangnya batu-bata yang ditempatkan di Teluk Medan  ditinggalkan begitu sahaja. Kawasan longgokan batu-bata ini amatlah luas sehingga penduduk tempatan memanggilnya "Medan". Maka dari situlah Teluk Medan mendapat namanya. 

Dalam kawasan Teluk Medan juga terdapat  sebuah parit yang di panggil Parit Rest House. Parit Rest House ini betul-betul berhadapan dengan longgokan batu-bata. Rest House British ini di bina kerana difikirkan Teluk medan akan dijadikan bandar, namun sebaliknya Bagan Serai lebih sesuai dijadikan bandar. Nama Parit Rest House ini diambil sempena pihak British mendirikan rest house disitu.

 

 

*Sumber cerita asal: En. Ismail Bin Abu Bakar (72 thn)  
  - Panggilan mesra Paksu Mail
  - Beliau mengusahakan kedai makan di Parit 7 
  - Profile beliau juga disimpan oleh Pejabat Penghulu Bagan Serai sebagai individu yang masih lagi boleh
    menceritakan sejarah Teluk Medan

 

* Sumber cerita beliau adalah tulen dan turut disahkan Pejabat Penghulu Bagan Serai.