Puan Hasnah merupakan usahawan kuih siput dan kacang botak. Beliau mengusahakan perniagaan ini hampir lima tahun dan kini mempunyai bengkel sendiri dan dibantu dengan 9 orang pekerja. Idea perniagaan ini timbul hasil daripada pengalaman beliau yang bekerja sebagai pekerja dalam menghasilkan kuih siput semasa kecil.Dengan pengalaman dan kemahiran, maka terhasillah perniagaan yang ada sekarang. Kuih siput yang dihasilkan adalah asli, kerana masih mengekalkan cara pembuatan melalui penggulungan manual menggunakan acuan kayu dan tangan. Kini produk beliau bole di dapati sekitar Bagan Serai dan Semanggol. Ada juga tempahan dari Kuala Lumpur.

link facebook kuih siput

                             hasnah10

                            hasnah9