WADAI KIPENG

 

wadai kipeng

Wadai Kipeng adalah salah satu makanan tradisi masyarakat Banjar. Menu ini amat popular di kawasan kampung-kampung di sekitar Bagan Serai dan Daerah Kerian. Menu ini biasanya dihidangkan apabila adanya majlis-majlis keramaian ataupun kenduri-kendara. Rasanya yang manis dan isi tepungnya agak kenyal amat disukai segenap lapisan umur. 

 

 

KALAKATAR

 

kalakatar

Kalakatar juga salah satu menu istimewa daripadaa maysarakat Banjar yang jarang ditemui kini. Ini kerana proses membuatnya agak rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya. Bahan utama dalam menghasilkan Kalakatar ini ialah daripada air dan isi kelapa muda yang dicampur dengan tepung. Manakala proses membakarnya pula menggukan bara sabut kelapa. Bara dari sabut kelapa perlu diletakkan di bawah dan atas adunan tepung. Proses pembakaran sama seperti membuat kuih Bahulu. Hasilnya akan menjadikan kerak dilapisan atas dan bawah. Rasanya yang lemak-lemak manis kelapa sangat sedap. Siapa yang mencubanya pasti ingin lagi. Kalakatar biasa dihasilkan untuk makan sendiri di rumah sahaja. Namun jika anda ingin mencarinya boleh lah ke Pekan Isnin Bagan Serai dan pasar malam Pekan Batu Tiga ( Simpang Lima ).