LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Nurhafizatul Akma Bt Mohd Yusof
Umur : 29 Tahun
Pendidikan :Ijazah
LATAR BELAKANG
Saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah Tadika Islam Misbahul Munir, Simpang Empat, Semanggol, Perak. Saya masih belum berkahwin tetapi mempunyai minat untk berniaga. Melalui perniagaan juga saya boleh mengisi masa lapang di samping dapat menambah pendapatan sampingan kerana saya mempunyai komitmen untuk membayar loan kereta.
Saya merupakan agent sah Shaklee dan juga agent makanan chemilan. Untuk mempromosikan produk ini, saya menjual di Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan. Saya juga menempah bisnes sticker di PI tersebut. Selain itu saya juga mempelajari bagaimana menggunakan platform media social untuk tujuan promosi. Baru-baru ini saya telah mengetahui bagaimana cara untuk memudahkan para pelanggan untuk menghubungi saya tanpa bersusah payah untuk save nombor saya terlebih dahulu sebelum berhubung dengan saya melalui whatsapp. Pelanggan hanya perlu scan QR code melalui whatsapp mereka. Sebagai contoh, saya perlu sertakan QR Code saya di setiap bungkusan produk yang saya jual. Pelanggan perlu scan QR Code ini dan automatic akan dibawa ke halaman whatsapp private message. Hal ini dapat memudahkan para pelanggan untuk terus berhubung tanpa perlu save contact number.
Selain itu juga saya mengikuti kelas Media Sosial untuk mempromosikan produk saya melalui Facebook, Instagram dan Dashboard Komuniti.
Kesimpulannya, kemudahan yang disediakan di PI memudahkan kerja-kerja saya. Contohnya, saya boleh menempah bisnes sticker di PI tanpa perlu bersusah payah mencari tempat lain, saya juga boleh mengguna internet di tempat yang selesa, tiada gangguan seperti di cyber café yang penuh dengan pengguna yang hanya bermain game dan sebagainya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Kurang pendedahan mengenai whatsapp bisnes
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Produk dapat dijual di PI
- Produk terus dikenali di kalangan pengunjung PI
Apa yang Dipelajari Melalui PI
Mempelajari Whatsapp bisnes untuk tujuan pengiklanan
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
Mengajar cara penggunaan whatsapp bisnes
LATAR BELAKANG CALON :
Nama :Siti Hamidah Binti Din
Umur : 49 Tahun
Pendidikan :Sekolah Menengah
LATAR BELAKANG
Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. 2 orang masih bersekolah. Suami pula bekerja jauh dan jarang berada di rumah. Di sini saya dikenali sebagai ‘Mami’ . Saya telah membuka warung di hadapan rumah saya, yang diberi nama ‘Warung Mami’. Pelanggan saya hanya lah orang-orang kampung terdekat. Saya juga membuat penghantaran makanan rumah ke rumah (COD)
Sebelum ini saya telah pun hadir ke kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan. Sampai ke hari ini saya masih hadir ke kelas tersebut untuk menambah ilmu berkaitan pengiklanan,promosi dan sebagainya.
Baru-baru ini saya didedahkan tentang kaedah pengiklanan melalui whatsapp status. Saya diajar bagaimana untuk menggunakannya kerana sebelum ini saya hanya mengiklankan melalui group whatsapp sahaja. Dengan adanya medium whastapp, ianya tampak lebih menarik dan mudah. Dengan adanya platform ini, saya boleh update bila-bila masa. Alhamdulillah jualan saya semakin meningkat.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Tidak pernah mengetahui tentang kewujudan whatsapp status
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Mahir mengiklan produk melalui whatsapp status
Apa yang Dipelajari Melalui PI
Mempelajari caya penggunaan whastapp status
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
Memperkenalkan cara mempromosikan produk melalui whatsapp status. Cara upload gambar, comment, reply, seen, dan sebagainya.
LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Kamarul Aripin bin Md Saman
Umur : 34 Tahun
Pendidikan : Diploma
LATAR BELAKANG
Saya merupakan seorang pekerja di syarikat swasta dan sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata. Demi menjana pendapatan sampingan, saya bercadang untuk menjual produk makanan. Produk makanan tersebut mestilah yang tahan lama. Selain itu, saya ingin menjual produk makanan yang boleh di pos kerana peluang meraih keuntungan melalui pos sangat tinggi ekoran pada zaman sekarang sedang popular dengan perniagaan secara atas talian.
Oleh kerana ibu saya mahir dalam penghasilan sambal kacang, Saya mengambil keputusan untuk mengetengahkan kemahiran ibu saya dalam menghasilkan sambal kacang berbentuk instant. Iaitu produk yang sudah siap di masak dan para pembeli hanya panaskan sahaja dan terus makan. Saya belajar cara-cara menghasilkan sambal kacang ini daripada ibu saya sendiri. Resepi adalah 100% daripada ibu saya.
Sambal kacang ini sesuai dimakan bersama satay, nasi himpit, ketupat, pecal dan sebagainya.
Alhamdulillah perniagaan saya semakin mendapat tempat lebih-lebih lagi saya menggunakan platform atas talian.
Saya juga kerap mengunjungi PI untuk tujuan pengiklanan produk saya kerana di PI internet lebih laju dan penghasilan poster iklan juga dibantu oleh petugas PI
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- kurang promosi
- promosi kurang menarik
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Mempromosi produk di PI
- Memnghasilkan poster yang lebih menarik untuk tujuan promosi
Apa yang Dipelajari Melalui PI
- Mempelajari Adobe Photoshop untuk tujuan pengiklanan
- Mengiklankan produk melalui shopee
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
- Mengajar cara penghasilan design poster yang lebih menarik
LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Nur Hafizal Akma binti Mohd Yusof
Umur : 29 Tahun
Pendidikan : Ijazah
LATAR BELAKANG
Saya merupakan seorang guru tadika di sebuah Sekolah Tadika Islam Misbahul Munir. Sepanjang PKP, saya diarahkan untuk mengadakan kelas seara online. Saya memilih platform Google Classroom sebagai medium pembelajaran online. Disebabkan pengetahuan saya mengenai Google Classroom adalah kurang, saya mengambil keputusan untuk pegi ke PI untuk meminta petugas di PI mengajar saya mengenai perkara ini. Alhamdulillah saya dapat penyelesaiannya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Kurang pengetahuan mengenai Google Classroom
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Semakin mahir menggunakan Google Classroom
Apa yang Dipelajari Melalui PI
Cara memuatnik dokumen, cara share link untuk setiap dokumen yang dimuatnaik kepada
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
Memberi tunjuk ajar sebaik yang mungkin dalam menggunakan perisian Microsoft Word, Excel dan Power Point.
LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Siti Rohana Binti Li
Umur : 38 Tahun
Pendidikan : Sekolah Menengah
LATAR BELAKANG
Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunya 4 orang anak. Suami saya bekerja sebagai pemandu bas kilang. Saya mula berniaga secara kecil-kecilan di hadapan rumah saya dengan berniaga minuman. Seterusnya pada awal tahun lepas, saya mula mengikut kakak ipar saya untuk berniaga di pasar malam. Berniaga di pasar malam dapat memperoleh keuntungan yang lebih berbanding berniaga di ahdapan rumah sahaja.
Pada awal tahun 2020, saya telah berkunjung ke Pusat Internet untuk menolong suami saya menyiapkan surat tugasan beliau. Lama-kelamaan saya mendapat tahu bahawa PI ada menyediakan kelas latihan ICT. Sejak dari itu, saya mula mendaftar sebagai ahli sebegai syarat wajib untuk menyertai kelas latihan yang dianjurkan oleh PI. Saya mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk belajar komputer.
Tujuan saya belajar adalah untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai penggunaan komputer kerana saya percaya komputer dapat membawa saya kea rah yang lebih berpengetahuan dalam bidang IT selaras dengan kemajuan di zaman serba canggih ini. Saya boleh praktikkan ilmu yang dipejari dalam perniagaan saya terutama sekali dalam meningkatkan promosi jualan saya. Serta dengan mempromosikan perniagaan saya, mungkin saya dapat pelanggan yang lebih ramai.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Kurang mahir dalam penggunaan komputer
- Tidak tahu kegunaan internet
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Sudah faham dan semakin mahir mengguna internet dan komputer
Apa yang Dipelajari Melalui PI
- Mempelajari whatsapp link, whatsapp web, whatsapp group
- Mempelajari cara penggunaan MS Word
- Mempelajari cara penggunaan emel
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
- Memperkenalkan cara mempromosikan produk melalui whatsapp, facebook, dashboard komuniti.
Halaman 1 dari 2