u1Q4T2019

 

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Noor Elya Shuhada binti Saripuddin

Umur : 33 Tahun

Pekerjaan : Usahawan Tempatan

Pendidikan : Sijil Kemahiran

 

Latar belakang

Saya merupakan pelajar GIATMARA Bagan Serai pada tahun 2004 dengan mengambil bidang jahitan selama 6 bulan. Kemudian saya sambung pembelajaran dengan mengambil Sijil kemahiran tahap 1 & 2. Selepas tamat pembelajaran, saya bekerja makan gaji dalam bidang jahitan untuk menimba pengalaman. Kemudian saya mula berjinak-jinak mengambil tempahan sendiri sedikit demi sedikit.

Pada mulanya saya hanya berniaga di rumah sahaja (menjahit di rumah sendiri). Saya mengumpul duit sedikit dmei sedikit untuk membeli mesin jahit yang berharga ribuan ringgit. Selepas itu saya berhijrah ke Ipoh untuk menimba pengalaman dan seterusnya berhijrah pula ke Kuala Lumpur dengan tujuan yang sama.

Apabila saya mendapat tahu emak saya sakit, saya kembali ke kampung halaman untuk menjaga emak sambal berniaga di rumah. Lebih senang begitu kerana dalam kesibukan menjahit, saya masih berpeluang menjaga emak saya yang sakit.

Lama-kelamaan perniagaan saya semakin maju. Saya mula membuka premis kecil yang terletak di Pusat Bandar Bagan Serai yang diberi nama Akines Enterprise.

Saya juga kerap pergi ke Pusat Internet untuk belajar internet. Maklumlah sekarang zaman IT. Jadi saya tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kegunaan internet. Saya juga turut menempah bunting dan banner perniagaan di Pusat Internet.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

-Mempromosi produk di kedai sahaja

-Tidak tahu kegunaan internet

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

-Mempromosi produk di PI

-Sudah faham dan semakin mahir mengguna internet

 Apa yang Dipelajari Melalui PI

  1. -Mempelajari whatsapp link, whatsapp web, whatsapp group

  2. -Mempelajari cara penggunaan MS Word

  3. -Mempelajari cara penggunaan emel

  4. Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

Memperkenalkan cara mempromosikan produk melalui whatsapp, facebook, dashboard komuniti.