LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Nur Sahirawani binti Alias
Umur : 18 Tahun
Pendidikan : SPM
LATAR BELAKANG
Saya merupakan pelajar lepasan SPM. Lepas tamat Peperiksaan SPM, saya menganggur. Saya duduk rumah, tolong ibu saya membuat kerja-kerja rumah. Dalam waktu saya menganggur, saya dapat tahu dari rakan saya bahawa Pusat Internet (PI) ada membuat kelas komputer. Saya pun membuat keputusan untuk belajar computer dan bercita-cita untuk memperolehi sijil komputer di samping dapat menghabiskan masa lapang sebelum keluar keputusan peperiksaan SPM.
Saya sudah lama tidak belajar computer. Banyak perkara yang saya sudah lupa. Jadi dengan adanya kelas ini ia dapat mengingatkan kembali fungsi-fungsi computer dan cara menggunakannya.
Saya belajar dari peringkat asas iaitu Pengenalan computer, Microsoft Office Word, Excel dan Power point. Tenaga pengajar memberi latihan untuk menguji keberkesanan pembelajaran. Saya menghadiri kelas ini hanya seminggu sekali sahaja dan tamat pembelajaran setelah 3 bulan kemudian.
Selain itu, tujuan saya belajar komputer adalah kerana untuk memudahkan saya untuk memohon mana-mana pekerjaan dimana pada zaman sekarang semua memerlukan kepakaran dalam bidang komputer. Jadi dengan adanya pengetahuan yang mendalam tentang ICT, peluang saya semakin cerah.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Saya hanya mengguna computer sekadar suka-suka
- Pengetahuan dalam bidang ICT telah pun berkurangan
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
-Saya memanfaatkan apa yang dipelajari di samping ingin menggenggam sijil supaya dapat digunakan di masa akan datang
-Semakin mahir menggunakan perisian computer
Apa yang Dipelajari Melalui PI
Tenaga Pengajar mengajar dari peringkat asas
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
Memberi tunjuk ajar sebaik yang mungkin dalam menggunakan perisian Microsoft Word, Excel dan Power Point.