LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Julia Binti Shafinye
Umur : 31 Tahun
Latar belakang
Saya merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih bersekolah rendah. Demi menampung pendapatan keluarga dan perbelanjaan persekolahan anak-anak, saya memilih untuk menceburi bidang perniagaan supaya dalam masa saya sedang bekerja, saya boleh memantau anak-anak saya kerana perniagaan tidak terikat dengan waktu.
Saya telah membuka gerai makan berhadapan rumah saya. Sebelum ini, saya mengusahakan kek, apam dan popia goring. Kali ini saya ingin mengembangkan lagi sayap dengan membuka gerai makan sekaligus dapat menambah pendapatan keluarga. Tempahan kek juga diambil dan saya buat pada waktu malam selepas waktu operasi gerai makan tamat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mengiklan produk di whatsapp sahaja
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Mengiklankan jualan di facebook dan Dashboard Komuniti, serta memperbaiki mutu ayat yang ditulis di caption setiap kali mengiklan produk.Menempah sticker dari PI Batu 14 Teluk Medan.
Apa yang dipelajari melalui PI
Bimbingan dari segi mempromosikan produk melalui platform baru seperti My Shop, menaip iklan jualan.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PI membantu mempromosikan produk dengan membenarkan usahawan membuat iklan di My Shop secara percuma.