LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Muhammad Hanafes bin Asri
Umur : 13 Tahun
Pendidikan : Sekolah Menengah
LATAR BELAKANG
Saya merupakan seorang pelajar tingkatan 1. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir iaitu yang terletak berdekatan dengan Pusat Internet (PI) ini. Saya kerap mengunjungi Pusat Internet ini untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru saya. Pada mulanya, saya mendapat tahu kewujudan PI apabila saya kerap mengunjungi Perpustakaan Desa Taman Seri Selinsing. Hal ini kerana rumah saya terletak berdekatan dengan perpustakaan ini.
DI Perpustakaan tersebut, saya telah dimaklumkan oleh pustakawan tentang kelas latihan yang dianjurkan oleh PI. Saya dan kenalan-kenalan yang turut berada di perpustakaan itu berminat untuk menyertainya. saya dan rakan yang lain dibawa oleh pustakawan menaiki kereta ke PI kerana jarak dari perpustakaan kira-kira 5KM. Apabila sampainya saya di PI, saya begitu terpegun dengan keindahan dan suasana PI yang begitu cantik dan selesa serta penuh dengan kemudahan.
Sejak dari itu, saya mengikuti kelas-kelas bagi meningkatkan kemahiran dalam penguasaan komputer oleh kerana tugasan sekolah kebanyakannya adalah menggunakan komputer (kerja kursus). Saya mendapat tunjuk ajar dari petugas PI tentang bagaimana cara mencari maklumat, cara menghasilkan kerja kursus yang sempurna, cara penyusunan idea dan sebagainya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Kerja kursus saya tidak terurus.
- Maklumat tidak lengkap.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
- Kerja kursus lebih tersusun
- Maklumat lengkap dan mematuhi kehendak gairs panduan yang diberikan oleh guru
Apa yang Dipelajari Melalui PI
Cara penyusunan folio, cara mencari maklumat dengan betul dan berkesan
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
Memberi tunjuk ajar sebaik yang mungkin dalam menggunakan perisian Microsoft Word, Excel dan Power Point.