usahawanQ2T2020

LATAR BELAKANG CALON :

Nama :Siti Hamidah Binti Din

Umur : 49 Tahun

Pendidikan :Sekolah Menengah

 

LATAR BELAKANG

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. 2 orang masih bersekolah. Suami pula bekerja jauh dan jarang berada di rumah. Di sini saya dikenali sebagai ‘Mami’ . Saya telah membuka warung di hadapan rumah saya, yang diberi nama  ‘Warung Mami’.  Pelanggan saya hanya lah orang-orang kampung terdekat. Saya juga membuat penghantaran makanan rumah ke rumah (COD)

Sebelum ini saya telah pun hadir ke kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan. Sampai ke hari ini saya masih hadir ke kelas tersebut untuk menambah ilmu berkaitan pengiklanan,promosi dan sebagainya.

Baru-baru ini saya didedahkan tentang kaedah pengiklanan melalui whatsapp status. Saya diajar bagaimana untuk menggunakannya kerana sebelum ini saya hanya mengiklankan melalui group whatsapp sahaja. Dengan adanya medium whastapp, ianya tampak lebih menarik dan mudah. Dengan adanya platform ini, saya boleh update bila-bila masa. Alhamdulillah jualan saya semakin meningkat. 

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

-         Tidak pernah mengetahui tentang kewujudan whatsapp status

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

-       Mahir mengiklan produk melalui whatsapp status

 

Apa yang Dipelajari Melalui PI

 Mempelajari caya penggunaan whastapp status

 

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

Memperkenalkan cara mempromosikan produk melalui whatsapp status. Cara upload gambar, comment, reply, seen, dan sebagainya.