usahawan2Q2T2020

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nurhafizatul Akma Bt Mohd Yusof

Umur : 29 Tahun

Pendidikan :Ijazah

 

LATAR BELAKANG

 

Saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah Tadika Islam Misbahul Munir, Simpang Empat, Semanggol, Perak. Saya masih belum berkahwin tetapi mempunyai minat untk berniaga. Melalui perniagaan juga saya boleh mengisi masa lapang di samping dapat menambah pendapatan sampingan kerana saya mempunyai komitmen untuk membayar loan kereta.

 

Saya merupakan agent sah Shaklee dan juga agent makanan chemilan. Untuk mempromosikan produk ini, saya menjual di Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan. Saya juga menempah bisnes sticker di PI tersebut. Selain itu saya juga mempelajari bagaimana menggunakan platform media social untuk tujuan promosi. Baru-baru ini saya telah mengetahui bagaimana cara untuk memudahkan para pelanggan untuk menghubungi saya tanpa bersusah payah untuk save nombor saya terlebih dahulu sebelum berhubung dengan saya melalui whatsapp. Pelanggan hanya perlu scan QR code melalui whatsapp mereka. Sebagai contoh, saya perlu sertakan QR Code saya di setiap bungkusan produk yang saya jual. Pelanggan perlu scan QR Code ini dan automatic akan dibawa ke halaman whatsapp private message. Hal ini dapat memudahkan para pelanggan untuk terus berhubung tanpa perlu save contact number.

 

Selain itu juga saya mengikuti kelas Media Sosial untuk mempromosikan produk saya melalui Facebook, Instagram dan Dashboard Komuniti.

 

Kesimpulannya, kemudahan yang disediakan di PI memudahkan kerja-kerja saya. Contohnya, saya boleh menempah bisnes sticker di PI tanpa perlu bersusah payah mencari tempat lain, saya juga boleh mengguna internet di tempat yang selesa, tiada gangguan seperti di cyber café yang penuh dengan pengguna yang hanya bermain game dan sebagainya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

-       Kurang pendedahan mengenai whatsapp bisnes

 

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

 

-       Produk dapat dijual di PI

 

-       Produk terus dikenali di kalangan pengunjung PI

 

Apa yang Dipelajari Melalui PI

Mempelajari Whatsapp bisnes untuk tujuan pengiklanan 

 

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

 Mengajar cara penggunaan whatsapp bisnes