Flyers Undi MIV

Untuk makluman anda, projek Malaysia ICT Volunteer (MIV) iaitu ICT Volunteerism : Empowering Youth Towards Digital Inclusion telah terpilih sebagai salah satu projek yang  dicalonkan di bawah kategori 4, (C4: “Capacity building”) untuk WSIS Prizes 2019 bagi merebut anugerah dalam Hadiah Projek Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat 2019 (WSIS Prizes 2019 - ITU).

Pihak berkepentingan dan komuniti dijemput untuk mengundi satu projek bagi setiap 18 kategori yang dipertandingkan. Adalah diingatkan bahawa anda perlu melengkapkan pengundian bagi semua 18 kategori untuk pengundian anda diambil kira. Proses ini adalah untuk mengenal pasti lima (5) projek yang menerima undian tertinggi bagi setiap kategori untuk layak ke pusingan seterusnya.

Oleh yang demikian, kami memohon kerjasama Tuan/Puan untuk bersama-sama mengundi sebagai tanda mengekspresikan sokongan anda terhadap inisiatif MCMC ini.

Untuk maklumat garis panduan mengenai proses mengundi projek ini, bolehlah merujuk kepada file PDF yang disertakan.

Sila klik pautan di bawah untuk mula mengundi:

https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/Prizes/2019/Vote

 

Tarikh akhir untuk melengkapkan undian adalah 10 Februari 2019.

Tuan/Puan juga adalah digalakkan untuk menghebahkan undian WSIS Prizes 2019 - ITU ini kepada kenalan yang lain.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan.

Terima kasih di atas undian dan sokongan anda kepada MIV.

Sekian, harap maklum.

 

-Malaysia ICT Volunteer (MIV)-

Klik File PDF Disini Untuk Cara Mengundi