Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan dan destinasi perlancongan yang terkenal dengan makanan laut segar, penghijrahan burung laut, kelip-kelip dan lokasi memancing. Kuala gula terletak dalam daerah Kerian. Bandar yang terdekat ialah Kuala Kurau. Disini pelbagai aktiviti anda boleh lakukan. Jika anda peminat memancing, jangan lepaskan peluang untuk memancing ikan sembilang. Ikan sembilang sangat popular yang mana boleh terdapat di kedai-kedai makan sekitar Kuala gula dan Kuala kurau. Selain dari itu Kuala Gula amat terkenal dengan kebanjiran pelancong asing bagi menyaksikan penghijrahan burung-burung laut. Jika ingin bermalam, Sanctuary Resort adalah jawapan terbaik. Dengan bilik yang selesa yang dibina diatas air sememangnya menjanjikan pengalaman baru bagi anda. Anda juga boleh berhubung dengan pihak resort untuk mengetahui pelbagai lagi aktiviti menarik di Kuala Gula.

   chalet    restoranTerapung