Tarikh :  16 November 2019 (Sabtu)
Masa :  8.30 am - 1.00 pm
Lokasi :  Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan

Tujuan :

- Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan Kesihatan.

- Eratkan kerjasama PI dengan Komuniti Kampung, Agensi, MPKK, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti Sihat.

- Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Pendaftaran Pengunjung,Pemeriksaan dan Pameran Pergigian dari Klinik Pergigian Gunung Semanggol,Kaunter Bergerak dari Tabung Haji Cawangan Bagan Serai dan KWSP Cawangan Parit Buntar,Saringan Kesihatan dari Kospen Parlimen Bagan Serai,Pertandingan Silang Kata ICT,Pertandingan QR Code Klik Dengan Bijak & Kesihatan,Kuiz Online ICT & Kesihatan.Perasmian penutup dirasmikan oleh Pengerusi MPKK Teluk Medan dan majlis penyampaian hadiah,cabutan bertuah serta jamuan makan.Turut hadir wakil petugas dari Pusat Internet Pekan Kuala Kurau dan Titi Serong.

Lihat Gambar Disini

Tarikh :  5 November 2019 (Selasa)
Masa :  10.00 am - 12.00 pm
Lokasi :  SK Dato Mas'ud

Tujuan :

Memberi taklimat berkaitan keselamatan siber kempen "Klik Dengan Bijak".

Aktiviti

Pelajar diberi taklimat berkaitan Keselamatan Siber,Jenayah Internet & penggunaan kata laluan yang selamat.Turut terlibat wakil petugas dari Pusat Internet Pekan Kuala Kurau & Titi Serong.

Lihat Gambar Disini

Tarikh :  10 Oktober 2019 (Khamis)
Masa :  8.00 am - 1.00 pm
Lokasi :  Pusat Internet Pekan Kuala Kurau

Tujuan :

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Pekan Kuala Kurau adalah sebuah program yang merapatkan Pusat Internet (PI) dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai "kebolehsambungan" agar operasi dan perkhidmatan PI terus berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan.Antara objektif yang ingin disasarkan  adalah :

- Merapatkan Komuniti dengan PI.

- Menambah bilangan ahli PI.

- Mempromosikan perkhidmatan / kemudahan di PI.

Aktiviti

Hari Bersama komuniti 2019 Pusat Internet Pekan Kuala Kurau telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Kuala Kurau dan turut hadir Pengarah SKMM Perak,Wakil TM dan MSD serta Agensi yang terlibat (KEMAS Parlimen Parit Buntar, Kolej Komuniti Bagan Serai, PTPTN Nibong Tebal, KWSP Parit Buntar, KOSPEN Kuala Kurau, Klinik Kuala Kurau dan Tadika Islam Nurul Wardah) .Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Usahawan tempatan (NAB Food Industries Sdn. Bhd).

Agensi Yang Terlibat Semasa Program :

- PTPTN,KWSP,Kospen Kuala Kurau,Kolej Komuniti Bagan Serai & NAB Food Industries.

Antara Aktiviti Yang Dijalankan :

- Pendaftaran Pengunjung & Ahli PI.

- Saringan Kesihatan daripada Pihak Kospen.

- Taklimat dari Kolej Komuniti Bagan Serai,PTPTN & KWSP.

- Pertandingan Kolaj.

- Bengkel ICT dan pertandingan.

- Mobile E-Waste,Klik Dengan Bijak & Siaran Digital.

- Cabutan Nama Bertuah & Jamuan Makan.

Lihat Gambar Disini

Tarikh :  13 Oktober 2019 (Ahad)
Masa :  2.00 pm - 5.00 pm
Lokasi :  Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan

Tujuan :

Mencari Sukarelawan MIV untuk memberi hebahan kepada komuniti berkaitan Siaran Digital Myfreeview.

Aktiviti

Pendaftaran sukarelawan MIV dan taklimat berkaitan Siaran Digital Myfreeview.

Lihat Gambar Disini

Tarikh :  5 & 6 Oktober 2019 (Sabtu & Ahad)
Masa :  8.00 am - 5.00 pm
Lokasi :  Dewan Dato, Haji Zainal Abidin Bagan Serai

 

Tujuan :

Dijemput untuk  membuka booth skmm untuk promosi dan hebahan insentif berkaitan SKMM & Pusat Internet.

Aktiviti

Hebahan berkaitan Advokasi Klik Dengan Bijak,Kuiz ICT,Siaran TV Digital Myfreeview dan promosi aktiviti serta servis yang dijalankan di Pusat Internet.

Lihat Gambar Disini