Tarikh :  13 September 2019 (Jumaat)
Masa :  3.00 pm - 5.00 pm
Lokasi :  Kolej Komuniti Bagan Serai

Tujuan :

Taklimat Keselamatan Internet berkaitan modul Advokasi Klik Dengan Bijak.

Aktiviti

Taklimat berkaitan modul Komputer Awam,Reputasi Digital,Mengurus Jejak Digital Anda & Mengenal Pasti Muslihat & Penipuan di Internet.Peserta juga turut diberi aktiviti untuk mencipta kata laluan yang kukuh dan selamat.

Lihat Gambar Disini

Tarikh :  13 September 2019 (Jumaat)
Masa :  9.30 am - 11.30 am
Lokasi :  Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan

Tujuan :

Penerangan cara membuat folio serta fungsi menu di Microsoft Word & Taklimat Klik Dengan Bijak.

Aktiviti

Pelajar penerangan perbezaan Microsoft Word,Excel dan Power Point serta cara untuk tetapkan margins,orientation,size,font,paragraph,copy & paste sumber dan gambar dari internet,cara peletakan gambar,membuat nombor page & save as.Selain itu,pelajar turut diselitkan dengan penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak iaitu Komputer Awam dan Reputasi Digital.

Lihat Gambar Disini

Tarikh :  19 Ogos 2019 (Isnin)
Masa :  8.30 am - 1.00 pm
Lokasi :  Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan

Tujuan :

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan adalah sebuah program yang merapatkan Pusat Internet (PI) dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai "kebolehsambungan" agar operasi dan perkhidmatan PI terus berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan.Antara objektif yang ingin disasarkan  adalah :

- Merapatkan Komuniti dengan PI.

- Menambah bilangan ahli PI.

- Mempromosikan perkhidmatan / kemudahan di PI.

Aktiviti

Hari Bersama komuniti 2019 Pusat Internet Batu 14 Teluk  Medan telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Saqif Ansorullah bin Ahmad Jihbadz' Mokhlis (Penyelaras DUN Selinsing) .Turut hadir Encik Ahmad Fairuz bin Abdul Sani ( Penasihat PI Batu 14 Teluk Medan merangkap Penghulu Mukim Bagan Serai) Puan Hanita binti Izam (Pengarah SKMM Perak),Encik Mohd Shakirin bin Ismail (Penolong Pengurus Community Program & Engagement USP TM),Encik Mohd Helmi bin Mohd Mustafa (Ketua Perniagaan TM Taiping) Encik Ridha bin Tajuddin (MSD Wilayah Utara) ,Encik Azmi bin Ismail (Pengerusi MPKK Teluk Medan) & Pengerusi-Pengerusi MPKK Kampung berdekatan serta AJK MPKK.

Agensi Yang Terlibat Semasa Program :

- TM,PTPTN,Perpustakaan Desa,Amanah Ikhtiar Malaysia,Kospen Bagan Serai & Kolej Komuniti Bagan Serai.

Antara Aktiviti Yang Dijalankan :

- Pendaftaran Pengunjung & Ahli PI.

- Saringan Kesihatan daripada Pihak Kospen.

- Taklimat dari Kolej Komuniti Bagan Serai,PTPTN & Amanah Ikhtiar Malaysia.

- Pertandingan Mewarna untuk Pelajar Tabika.

- Gubahan Hemper Kreatif.

- Muatnaik Artikel di Dashboard Komuniti.

- Pertandingan Silang Kata.

- Makan Epal Tergantung.

- Tayangan Video Advokasi sepanjang program.

- Cabutan Nama Bertuah & Jamuan Makan.

Lihat Gambar Disini

Tarikh :  12 September 2019 (Khamis)
Masa :  9.30 am - 11.30 am
Lokasi :  Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan

Tujuan :

Penerangan cara membuat folio serta fungsi menu di Microsoft Word & Taklimat Klik Dengan Bijak.

Aktiviti

Pelajar penerangan perbezaan Microsoft Word,Excel dan Power Point serta cara untuk tetapkan margins,orientation,size,font,paragraph,copy & paste sumber dan gambar dari internet,cara peletakan gambar,membuat nombor page & save as.Selain itu,pelajar turut diselitkan dengan penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak iaitu Komputer Awam dan Reputasi Digital.

Lihat Gambar Disini

Tarikh :  16 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa :  3.00 pm - 6.30 pm
Lokasi :  Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan

Tujuan :

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan adalah sebuah program yang merapatkan Pusat Internet (PI) dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai "kebolehsambungan" agar operasi dan perkhidmatan PI terus berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan.Antara objektif yang ingin disasarkan  adalah :

- Merapatkan Komuniti dengan PI.

- Menambah bilangan ahli PI.

- Mempromosikan perkhidmatan / kemudahan di PI.

Aktiviti

Acara Awal sempena Hari Bersama Komuniti 2019 iaitu Liga Pertandingan Sepak Takraw & Beyblade.

Lihat Gambar Disini