kjcitQ1T2020

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Muhammad Hanafes bin Asri

Umur : 13 Tahun

Pendidikan : Sekolah Menengah

LATAR BELAKANG

Saya merupakan seorang pelajar tingkatan 1. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir iaitu yang terletak berdekatan dengan Pusat Internet (PI)  ini. Saya kerap mengunjungi Pusat Internet ini untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru saya. Pada mulanya, saya mendapat tahu kewujudan PI apabila saya kerap mengunjungi Perpustakaan Desa Taman Seri Selinsing. Hal ini kerana rumah saya terletak berdekatan dengan perpustakaan ini.

DI Perpustakaan tersebut, saya telah dimaklumkan oleh pustakawan tentang kelas latihan yang dianjurkan oleh PI. Saya dan kenalan-kenalan yang turut berada di perpustakaan itu berminat untuk menyertainya. saya dan rakan yang lain dibawa oleh pustakawan menaiki kereta ke PI kerana jarak dari perpustakaan kira-kira 5KM. Apabila sampainya saya di PI, saya begitu terpegun dengan keindahan dan suasana PI yang begitu cantik dan selesa serta penuh dengan kemudahan.

Sejak dari itu, saya mengikuti kelas-kelas bagi meningkatkan kemahiran dalam penguasaan komputer oleh kerana tugasan sekolah kebanyakannya adalah menggunakan komputer (kerja kursus). Saya mendapat tunjuk ajar dari petugas PI tentang bagaimana cara mencari maklumat, cara menghasilkan kerja kursus yang sempurna, cara penyusunan idea dan sebagainya.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

-       Kerja kursus saya tidak terurus.

-       Maklumat tidak lengkap.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

-       Kerja kursus lebih tersusun

      -    Maklumat lengkap dan mematuhi kehendak gairs panduan yang diberikan oleh guru

 Apa yang Dipelajari Melalui PI

Cara penyusunan folio, cara mencari maklumat dengan betul dan berkesan

 Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

Memberi tunjuk ajar sebaik yang mungkin dalam menggunakan perisian Microsoft Word, Excel dan Power Point.

U2Q4T2019

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Julia Binti Shafinye

Umur : 31 Tahun

 

Latar belakang

Saya merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih bersekolah rendah. Demi menampung pendapatan keluarga dan perbelanjaan persekolahan anak-anak, saya memilih untuk menceburi bidang perniagaan supaya dalam masa saya sedang bekerja, saya boleh memantau anak-anak saya kerana perniagaan tidak terikat dengan waktu.

Saya telah membuka gerai makan berhadapan rumah saya. Sebelum ini, saya mengusahakan kek, apam dan popia goring. Kali ini saya ingin mengembangkan lagi sayap dengan membuka gerai makan sekaligus dapat menambah pendapatan keluarga. Tempahan kek juga diambil dan saya buat pada waktu malam selepas waktu operasi gerai makan tamat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengiklan produk di whatsapp sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Mengiklankan jualan di facebook dan Dashboard Komuniti, serta memperbaiki mutu ayat yang ditulis di caption setiap kali mengiklan produk.Menempah sticker dari PI Batu 14 Teluk Medan.

Apa yang dipelajari melalui PI

Bimbingan dari segi mempromosikan produk melalui platform baru seperti My Shop, menaip iklan jualan.

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempromosikan produk dengan membenarkan usahawan membuat iklan di My Shop secara percuma.

u1Q4T2019

 

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Noor Elya Shuhada binti Saripuddin

Umur : 33 Tahun

Pekerjaan : Usahawan Tempatan

Pendidikan : Sijil Kemahiran

 

Latar belakang

Saya merupakan pelajar GIATMARA Bagan Serai pada tahun 2004 dengan mengambil bidang jahitan selama 6 bulan. Kemudian saya sambung pembelajaran dengan mengambil Sijil kemahiran tahap 1 & 2. Selepas tamat pembelajaran, saya bekerja makan gaji dalam bidang jahitan untuk menimba pengalaman. Kemudian saya mula berjinak-jinak mengambil tempahan sendiri sedikit demi sedikit.

Pada mulanya saya hanya berniaga di rumah sahaja (menjahit di rumah sendiri). Saya mengumpul duit sedikit dmei sedikit untuk membeli mesin jahit yang berharga ribuan ringgit. Selepas itu saya berhijrah ke Ipoh untuk menimba pengalaman dan seterusnya berhijrah pula ke Kuala Lumpur dengan tujuan yang sama.

Apabila saya mendapat tahu emak saya sakit, saya kembali ke kampung halaman untuk menjaga emak sambal berniaga di rumah. Lebih senang begitu kerana dalam kesibukan menjahit, saya masih berpeluang menjaga emak saya yang sakit.

Lama-kelamaan perniagaan saya semakin maju. Saya mula membuka premis kecil yang terletak di Pusat Bandar Bagan Serai yang diberi nama Akines Enterprise.

Saya juga kerap pergi ke Pusat Internet untuk belajar internet. Maklumlah sekarang zaman IT. Jadi saya tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kegunaan internet. Saya juga turut menempah bunting dan banner perniagaan di Pusat Internet.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

-Mempromosi produk di kedai sahaja

-Tidak tahu kegunaan internet

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

-Mempromosi produk di PI

-Sudah faham dan semakin mahir mengguna internet

 Apa yang Dipelajari Melalui PI

  1. -Mempelajari whatsapp link, whatsapp web, whatsapp group

  2. -Mempelajari cara penggunaan MS Word

  3. -Mempelajari cara penggunaan emel

  4. Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

Memperkenalkan cara mempromosikan produk melalui whatsapp, facebook, dashboard komuniti.

celik itQ4T2019

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Nur Sahirawani binti Alias

Umur : 18 Tahun

Pendidikan : SPM

 

LATAR BELAKANG

Saya merupakan pelajar lepasan SPM. Lepas tamat Peperiksaan SPM, saya menganggur. Saya duduk rumah, tolong ibu saya membuat kerja-kerja rumah. Dalam waktu saya menganggur, saya dapat tahu dari rakan saya bahawa Pusat Internet (PI) ada membuat kelas komputer. Saya pun membuat keputusan untuk belajar computer dan bercita-cita untuk memperolehi sijil komputer di samping dapat menghabiskan masa lapang sebelum keluar keputusan peperiksaan SPM.

Saya sudah lama tidak belajar computer. Banyak perkara yang saya sudah lupa. Jadi dengan adanya kelas ini ia dapat mengingatkan kembali fungsi-fungsi computer dan cara menggunakannya.

Saya belajar dari peringkat asas iaitu Pengenalan computer, Microsoft Office Word, Excel dan Power point. Tenaga pengajar memberi latihan untuk menguji keberkesanan pembelajaran. Saya menghadiri kelas ini hanya seminggu sekali sahaja dan tamat pembelajaran setelah 3 bulan kemudian.

Selain itu, tujuan saya belajar komputer adalah kerana untuk memudahkan saya untuk memohon mana-mana pekerjaan dimana pada zaman sekarang semua memerlukan kepakaran dalam bidang komputer. Jadi dengan adanya pengetahuan yang mendalam tentang ICT, peluang saya semakin cerah.

 

 Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

- Saya hanya mengguna computer sekadar suka-suka

- Pengetahuan dalam bidang ICT telah pun berkurangan

 Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

-Saya memanfaatkan apa yang dipelajari di samping ingin menggenggam sijil supaya dapat digunakan di masa akan datang

-Semakin mahir menggunakan perisian computer

 Apa yang Dipelajari Melalui PI

Tenaga Pengajar mengajar dari peringkat asas

 Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

Memberi tunjuk ajar sebaik yang mungkin dalam menggunakan perisian Microsoft Word, Excel dan Power Point.

LATAR BELAKANG CALON :

Nama :Fitrah binti Mat

Tarikh Lahir : 20 Mac 1963

Umur : 56 Tahun

Pekerjaan : Usahawan Tempatan

Pendidikan : Sekolah Rendah

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau mempunyai pengetahuan dalam ICT pada tahap sederhana dan beliau juga kurang mahir dalam menggunakan Microsoft Office dan komponen-komponen yang ada pada komputer serta cara mengakses internet dengan mudah dan senang untuk difahami.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan adanya Pusat Internet Batu 14 Teluk Medan, beliau dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang ilmu ICT sekaligus dapat memudahkan beliau untuk mengakses internet secara langsung dapat memberi idea baru dalam memasarkan produk beliau iaitu Sardin & Pencuci Pinggan Buatan Sendiri serta agen barangan Tupperware.

Apa yang Dipelajari Melalui PI

  1. Mempelajarai Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.
  2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

  1. PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT untuk menguji kebolehan beliau.
  2. PI turut membantu dalam membuat promosi produk beliau.